Kita perlulah ambil tahu ciri-ciri yang dikatakan penapis air terbaik yang menepati keperluan kita seperti dibawah.
1. Teknologi
Hanya jenama Cuckoo yang mencipta penapis nano positif melalui R&D sendiri dan merupakan satu-satunya syarikat yang memiliki teknologi ini di Korea. Kebanyakan pengeluar penapis air lain menggunakan penapis buatan Amerika.
Penapis Nano Positif dan Penapis Natural Cuckoo telah dipatenkan dan diakui lebih baik daripada penapis lain.
6-Langkah penapisan Cuckoo dengan penapis pre-carbon juga sangat berkuasa membuang bahan berbahaya, logam berat dan 99.9% virus dan bakteria disamping mengekalkan zat mineral semulajadi.
2. Penyelenggaraan
Keistimewaan penapis air Cuckoo ialah servis berjadual yang disediakan. Jika produk berteknologi tinggi tetapi tidak diselenggara dengan baik, air tersebut tidak dapat dijamin kebersihannya.
Servis berjadual ini (Nature Care Service) termasuklah menukar filter, membersihkan mesin (steril), memeriksa sebarang kerosakan, gantian percuma, warranty dan macam-macam lagi ada dalam check-list.
Penukaran filter dijalankan setiap 4, 8 dan 12 bulan setiap tahun.
3. Fungsi
Mesin penapis air Cuckoo bukan menapis air je tapi air siap dipanaskan dan disejukkan. Jadi, kita boleh terus buat kopi atau teguk air sejuk.
Tak perlu dah jerang air untuk buat air panas, kemudian sejukkan air dan isi dalam bekas untuk buat stok air dalam peti ais.
Senang bukan? Kalau ada anak kecil memang lagi senang. Tekan saja.
4. Tahan Lama
Penapis air ni benda yang kita nak pakai untuk jangka masa panjang, sama seperti peti sejuk, mesin basuh, penyaman udara jadi aspek ketahanan adalah sangat penting.
Lagi-lagi Cuckoo menyediakan pakej sehingga 7 tahun! Ini dah tentu menandakan penapis air Cuckoo adalah sangat tahan lasak, lagi-lagi dijaga dengan baik oleh Nature Doctor (pegawai yang bertanggungjawab menyelenggara).
Cuckoo juga adalah jenama No. 1 di Korea Selatan dengan pengalaman lebih 40 tahun. Lebih lama daripada pesaing terdekat di negara ini.
5. Pensijilan Antarabangsa
Pensijilan alatan elektrik adalah sangat penting untuk memastikan keselamatan pengguna.
Antara badan persijilan antarabangsa yang mengiktiraf alatan elektrikal Cuckoo adalah:
European – CE, GS, PCT
America – UL, ETL, CSA
Asia – CCC China, PSE Japan
Electromagnetic – FCC, WH (fire-safety & electrical-safety strength)
RoHS – Restriction of Hazardous Substances Directive
European – CE, GS, PCT
America – UL, ETL, CSA
Asia – CCC China, PSE Japan
Electromagnetic – FCC, WH (fire-safety & electrical-safety strength)
RoHS – Restriction of Hazardous Substances Directive
6. Rekaan
Cuckoo bukan sahaja mempunyai rekaan yang menarik, malah cuckoo amat menitik beratkan penggunaan ruang yang efisien. Rekaannya xdela gedabak makan ruang dapur. Sangat sesuai untuk mereka yang ada dapur comel sebab rekaannya menjimatkan ruang. Mesin penapis air Cuckoo boleh diletakkan di atas table top dan ada yang boleh berdiri (stand).
7. Bajet
Contohnya pakej terbaru Goood Plan IRIS TOP, kita cuma bayar serendah RM2.50 sehari termasuk kos selenggara, jaminan, dan kadar sewa.
Macam saya yang tinggal di Selangor dan menikmati air percuma, memanglah sangat berbaloi sebab saya dapat minum dan guna air berliter-liter dengan harga semurah tu. Sebotol air mineral 1.5liter je kan dah berharga RM3..
Cuba kira berapa yang kita bayar sebulan hanya untuk air minum. Lebih bukan? Tapi sejak saya guna penapis air ni, saya jimat 55% dengan pakej Goood Plan.
Memang puas hati. Jika keluarkan kos sedikit tapi satu keluarga dapat menikmati air yang terjamin bersih, memang tiada masalah bagi saya yang mementingkan kesejahteraan mereka.